DARI MEJA GURU BESAR


Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung laman web SKRMM ini. Marilah kita melahirkan rasa bersyukur atas kejayaan yang mewujudkan laman web sekolah ini. Kita telah berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan seiring dengan kepesatan teknologi maklumat di abad ini.

Kemudahan yang akan diperoleh daripada kejayaan ini ialah segala maklumat berada 'dihujung jari kita'. Melaluinya segala maklumat berkaitan dengan sekolah ini dapat disalurkan secara menyeluruh dan meluas kepada semua pihak yang memerlukan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibubapa murid-murid akan mendapat manfaat yang besar daripada kejayaan ini.

Manfaat yang lebih besar akan diperolehi oleh murid-murid sekolah ini bagi mempertingkatkan ilmu dan kemahiran tambahan bagi diri mereka. Usaha ini sudah tentu dapat membantu murid-murid membina kecemerlangan diri dan menjadi pelajar yang berilmu dan bermaklumat.

Saya amat berharap agar sekolah ini akan menjadi lebih cemerlang di masa yang akan datang. Ia sesuai dengan slogan "Apik Cemerlang Bestari"

Oleh itu, saya menyeru kepada guru dan kepada pihak berkenaan agar dapat bersama-sama mempertingkatkan lagi perisian laman web ini dari semasa ke semasa agar manfaat yang lebih besar dapat kita gunakan bersama di masa akan datang.



SEKIAN TERIMA KASIH.......

Merdeka!