|
PERANCANGAN STRATEGIK |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PERANCANGAN STRATEGIK 2006
PANITIA MATEMATIK SK. RAJA MUDA MUSA 36000 TELUK INTAN PERAK DARUL RIDZUAN
Komuniti Berilmu Perak Terbilang
PENGENALAN
Berdasarkan status mata pelajaran matematik sebagai satu subjek teras pada peringkat pendidikan sekolah rendah dan menengah, maka dapatlah dianggap bahawa kewujudan Panitia Matematik sangat penting bagi menguruskan segala perkara yang berkait rapat dengan pencapaian dan kecemerlangan matematik itu sendiri. Setiap segala yang diatur, disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat yang nyata iaitu kecemerlangan. Justeru itu, bagi merealisasikan impian ini, suatu bentuk perancangan yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat dan bermakna perlu dilakukan. Perancangan Strategik Panitia Matematik merupakan suatu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan panitia ini agar dapat menyumbang sesuatu bagi kecemerlangan matematik secara totalnya. Perancangan strategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dijayakan oleh Panitia Matematik.
VISI SERASA mencapai ACB Sekolah Harapan Negara 2010 dengan warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi membentuk komuniti berilmu bertaraf dunia.
MISI Kami bersama-sama seluruh warga sekolah melaksanakan sistem pendidikan bertunjangkan dan berpaksikan ilmu pengetahuan untuk menyuburkan kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan bertaraf dunia bersandarkan proses pengajaran pembelajaran yang berkualiti, terarah, bermakna, proaktif dan berkesan.
3. LATARBELAKANG
3.1. KEKUATAN
3.1.1. 90% Guru Matematik adalah terlatih dan berpengalaman. 3.1.2. Guru Matematik masih muda dan sihat. 3.1.3. Sebahagian besar guru yang mengajar matematik adalah guru opsyen dengan pengkhususan bidang matematik. 3.1.4. Guru-Guru Matematik adalah guru-guru yang bersemangat tinggi. 3.1.5. Sekolah ini mempunyai sebuah makmal komputer yang lengkap dan boleh digunakan untuk P & P matematik menggunakan perisian interaktif, internet dan sebagainya. 3.1.6. Terdapat sebuah bilik khas iaitu Bilik Matematik yang menyimpan bahan-bahan ABM yang boleh digunakan oleh guru-guru. 3.1.7. Terdapat pelbagai program motivasi dan program peningkatan matematik yang dijalankan untuk membantu murid-murid. Antaranya, bengkel teknik menjawab soalan, klinik matematik dan motivasi kecemerlangan. 3.1.8. Persekitaran yang kondusif di sekolah untuk belajar matematik.
3.2. KEKURANGAN / KELEMAHAN / HALANGAN
3.2.1. 45% murid-murid tidak bermotivasi dan lemah dalam matematik. 3.2.2. 10% guru dalam latihan belum dapat menyesuaikan diri bagi P & P dengan murid. 3.2.3. Kekurangan modul-modul P & P matematik yang bersifat pengkhususan topikal. 3.2.4. 30% murid-murid fobia matematik. 3.2.5. Kekurangan bahan ABM yang benar-benar efisyen / benar-benar membantu atau bersesuaian. 3.2.6. Guru-Guru Matematik kurang gemar menggunakan ABM dalam P & P. 3.2.7. Kewangan panitia / sekolah tidak mencukupi untuk menjalankan projek-projek sokongan. 3.2.8. Ramai murid tidak mempunyai asas matematik yang kukuh menyebabkan P & P ulangan terpaksa dijalankan khasnya bagi murid-murid tahap dua. 3.2.9. Sebahagian besar murid tidak menguasai sifir dan formula-formula matematik. 3.2.10. Terdapat sebilangan kecil anggota yang belum benar-benar menghayati panitia.
3.3. PELUANG
3.3.1. Hubungan baik PPD & JPN dengan sekolah. 3.3.2. Kerjasama PIBG yang baik. 3.3.3. Majoriti guru-guru matematik berkemahiran. 3.3.4. Guru-Guru Matematik tinggal berhampiran sekolah. 3.3.5. Ramai Guru Matematik berkebolehan dalam ICT dan penggunaan perisian interaktif. 3.3.6. Majoriti pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang baik. 3.3.7. Sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak pentadbiran. 3.3.8. Skim Baucer Tuisyen dan Citra Bestari.
3.4. ANCAMAN
3.4.1. Terdapat siber cafe berhampiran sekolah. 3.4.2. Sebahagian murid agak nakal dan kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran serta program-program yang dijalankan. 3.4.3. Sebahagian besar ibu bapa kurang prihatin dengan takwim aktiviti / program sekolah menyebabkan adakalanya murid-murid gagal hadir dalam program yang dianjurkan. 3.4.4. Ibu bapa kerap mengambil tindakan negatif tanpa usul periksa. 3.4.5. Anasir negatif di kawasan persekitaran mempengaruhi sahsiah murid. 3.4.6. Ramai guru dipanggil keluar bertugas untuk aktiviti kelompok, daerah dan negeri serta lain-lain aktiviti yang menjejaskan tumpuan terhadap P & P.
4.0. MATLAMAT STRATEGIK
4.1. Meningkatkan kecemerlangan matematik dalam PKSR dan p;eperiksaan awam. 4.2. Meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik murid-murid. 4.3. Memantapkan pelaksanaan pengajaran pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris. 4.4. Meningkatkan penguasaan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam aktiviti / proses pengajaran pembelajaran. 4.5. Meningkatkan penguasaan ilmu dan membudayakan matematik dalam kehidupan murid-murid. 4.6. Memperkenal dan menyuburkan sistem pengajaran pembelajaran matematik yang berkesan.
5.0. OBJEKTIF
5.1. Peratus murid yang lulus matematik dengan cemerlang meningkat. 5.2. Sasaran 20% murid-murid U.P.S.R akan mendapat 5A pada 2010. 5.3. Peningkatan peratus murid yang lulus matematik-ke arah pencapaian 100% lulus. 5.4. Semua murid dapat menguasai empat kemahiran asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. 5.5. Guru-Guru Matematik dapat menjayakan dasar PPSMI dengan berkesan. 5.6. Guru-Guru Matematik mahir menggunakan peralatan TMK serta dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran pembelajaran. 5.7. Semua murid khasnya murid-murid tahap dua dapat menguasai kemahiran TMK dan menggunakannya dalam proses pembelajaran matematik. 5.8. Mengikis tanggapan negatif sebahagian murid yang menganggap matematik satu subjek yang sukar dan menyuburkan pandangan positif mereka terhadap subjek ini. 5.9. Murid-murid menguasai strategi belajar matematik yang tepat dan berkesan.
6. ORGANISASI
Penasihat EN. BAIN B. BAHARON Guru Besar.
Pengerusi EN. SUHAIMI B. JAMAUDIN GK. Pentadbiran
Penyelaras EN. ABU BAKAR B. MAT SOM Ketua Panitia Matematik.
Setiausaha Setiausaha Panitia Matematik
A.J.K. Semua Guru Matematik.
7. KUMPULAN SASARAN
7.1. Subjek : Matematik
7.2. Murid : Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
8. JANGKA MASA 2006 - 2010
9. KEWANGAN
9.1. Peruntukan panitia mata pelajaran. 9.2. Sumbangan P.I.B.G. 9.3. Kutipan dari peserta program.
Carta Gantt Pengurusan Perancangan Strategik Panitia Matematik 2006
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||