SEJARAH SERASA

Search for:

Sign my Guestbook FREE GUESTBOOKS                          View my Guestbook

Favorite Links

 



 

Latarbelakang


Kecenderungan untuk meningkatkan pendidikan dan kekurangan sekolah rendah di daerah Hilir Perak telah menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia mula membina sekolah- sekolah baru.Peningkatan murid secara mendadak di kawasan Hilir Perak terutamanya di sekitar kawasan perumahan Pekan Baru, Padang Tembak, Tebuk Banjar dan kawasan sekitarnya menyebabkan pihak PPD telah memilih sebidang tanah yang keluasannya 6.07 ekar,dahulunya tanah hutan, diteroka menjadi sebuah sekolah rendah. Tapak yang dimiliki sejak 29 Mei 1998 menghadapi masalah untuk dibangunkan kerana kontraktor dan kegawatan ekonomi yang melanda negara.


Sebanyak 16 kawasan perumahan di sekitar tapak baru sekolah ini iaiti Taman Koperasi ,Pekan Baru,Taman Seri Ria, Rumah Awam 2&3, Taman Desa Bakti, Taman Pelangi,Taman Intan Mas 1,Taman Jelawat, ,Taman Intan Mas 3, Taman Perkasa, Taman Darul Ridzuan, Taman Desa Caely, Taman Seri Idaman, Taman Bersatu, Taman Melati dan Taman Banjar Jaya.


Kontraktor yang bertanggungjawab membangunkan sekolah ini ialah RSE Services Sdn. Bhd. dan menelan belanja berjumlah RM 2,472 000. Jarak sekolah dari bandar Teluk Intan ialah lebih kurang 4 km.


Seramai 19 orang guru , 4 kakitangan dan 333 murid telah ditempatkan di sekolah ini. Cikgu Bain b. Baharon telah dilantik sebagai Guru Besar yang membuka tirai sekolah baru dengan dibantu oleh 3 orang guru kanan iaitu Cikgu Mohd. Salleh b. Md. Arshad (GK. Pentadbiran) , Cikgu Jamaluddin b. Hj. Mustafa (GK. HEM) dan Cikgu Nor Asiah bt. Ahmad (GK. Kokurikulum). Cikgu Md. Salleh dan Cikgu Jamaluddin telah dipertanggungjawabkan oleh PPD untuk menjadi “caretaker” sebelum sekolah boleh beroperasi mulai 23.10.2000. Mulai sesi persekolahan 2001, sekolah ini telah menumpang di SK Sultan Abd. Aziz sejak 1.11.2000 sehingga 8 Mac 2001. Ini adalah kerana sekolah baru ini menghadapi beberapa masalah teknikal dalam pembinaannya. Mulai 8 Mac 2001 selepas Hari Raya Aidil Adha warga sekolah baru mula berpindah dan beroperasilah Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa yang mengambil nama sekolah menengah yang sedia ada iaitu SM. Raja Muda Musa.


Sejarah SK. Raja Muda Musa


Bermulanya SK. Raja Muda Musa ialah dengan perlantikan dua orang Care taker iaitu Encik Saleh dan Encik Jamaludin b. Hj. Mustafa. Pada 1.12.2000 guru-guru mula melapor diri dan saya Encik Bain b. Baharon selaku guru besar melapor diri mulai 16.12.2000. Mulai saat itu saya mula merancang dan bertindak. SK. Raja Muda Musa beroperasi menumpang SK. Sultan Abdul Aziz. Berbagai persiapan telah dibuat sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah baru. Usaha pertama dibuat ialah pemilihan guru-guru kanan, peringkat kedua mengadakan sumbangsaran membina matlamat iaitu visi dan misi. Seterusnya setiap bidang telah membuat perancangan dengan mengadakan perbincangan siang dan malam dirumah guru besar, dirumah rehat atau mana-mana tempat yang sesuai. Kami telah mendapat sebuah bilik di SK. Sultan Abdul Aziz sebagai pejabat operasi serbaguna untuk kegunaan bilik guru besar, guru-guru kanan untuk pentadbiran, bilik guru, setor barang-barang dan semua peralatan P&P serta buku tulis.