PELAN OPERASI KELAB KOMPUTER

Search for:

Sign my Guestbook FREE GUESTBOOKS   View my Guestbook

Favorite Links

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.0.            Pengenalan

Penguasaan terhadap bidang teknologi dewasa ini merupakan suatu kemestian bagi setiap individu. Dunia teknologi maklumat semakin berkembang pesat dari sehari ke sehari. Kebanyakan individu tidak dapat lari daripada keperluan menggunakan komputer dalam kehidupan seharian mereka. Tidaklah terlalu melampau apabila dikatakan bahawa pada hari ini sudah menjadi satu budaya bahawa setiap buah rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer ataupun sedang berusaha ke arah tersebut.

 

   Senario ini secara jelas menunjukkan kepada kita bahawa kemahiran dan pengetahuan tentang aspek perkomputeran sangat mustahak kepada setiap individu. Pembelajaran komputer bukan sahaja dilakukan secara formal iaitu melalui kelas komputer tetapi juga melalui penglibatan seseorang itu dalam aktiviti kelab.

 

2.0.            Matlamat

Penubuhan kelab komputer di sekolah ini adalah dengan matlamat mewujudkan keadaan dan persekitaran “celik komputer.”

 

 

3.0.            Objektif

 

3.1.            Memberi pendedahan dan menyemai pengetahuan dan kemahiran murid-murid tentang perkara-perkara asas mengenai komputer, keupayaan dan hadnya.

3.2.            Melahirkan kelompok murid yang celik komputer.

3.3.            Memberi peluang dan ruang kepada murid-murid dan guru-guru mempelajari selok-belok komputer khususnya dalam aspek-aspek penggunaannya.

3.4.            Memudahkan urusan murid-murid yang perlu menggunakan komputer dan kemudahan-kemudhan yang berkaitan dengannya.

3.5.            Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan apabila menggunakan komputer.

3.6.            Memperkasa kemahiran berkaitan aspek-aspek poerkomputeran sebagai asas  bekalan apabila belajar ke peringkat lebih tinggi.

3.7.            Mewujudkan gelanggang perkongsian, aspirasi  dan wawasan serta menggalakkan interaksi sosial yang positif di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

 

 

4.0.            Kumpulan Sasaran

Kelab Komputer SK. Raja Muda Musa atau KKOM SERASA ini mula ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai langkah percubaan dan seterusnya dijalankan secara giat mulai tahun 2005.

 

5.0.            Tarikh Pelaksanaan

Pada masa ini aktiviti tetap kelab komputer ialah pada setiap hari Sabtu, minggu kedua dan keempat setiap bulan. Aktiviti harian dijalankan pada setiap petang(3.30-6.30 ptg).

 

6.0.            Tempat Pelaksanaan

Aktiviti-aktiviti kelab komputer berpusat di makmal komputer sekolah ini.

 

7.0.            Yuran Keahlian

Rujuk perlembagaan kelab yang dilampirkan.

 

8.0.            Perlembagaan Kelab

Rujuk lampiran.

 

9.0.            Sumber Kewangan

 

7.1. Yuran keahlian

7.2. Sumbangan P.I.B.G.

7.3. Kutipan dari peserta aktiviti.

7.4. Penjualan bahan-bahan seperti penanda buku, jadual waktu, kad ucapan,

       disket, dll.

 

 

10.0.        Anggaran Perbelanjaan

 

Bil.

Aktiviti

Perbelanjaan

1

Pendedahan pengetahuan dan kemahiran tentang perkomputeran

-

2

Demonstrasi penggunaan beberapa peralatan dan perisian kepada guru dan murid.

-

3

Kursus komputer kepada guru-guru.

 

RM   20.00

4

Pertandingan-pertandingan komputer seperti kuiz, penghasilan kad, poster dan bahan-bahan bercetak.

  RM 10.00

5

Pameran bahan-bahan dan perkakasan komputer

( di luar dan di dalam makmal).

-

6

Pameran hasil kerja murid

-

7

Keceriaan makmal.

 

RM 200.00

8

Penghasilan buletin kelab dan sekolah.

 

-

9

Ceramah dan demonstrasi tentang perisian dan perkakasan komputer  terkini.

RM    50.00

10

Langganan majalah atau akhbar komputer seperti majalah PC, PC World, Home PC, Shopper Guide dan Internet World.

RM  100.00

11

Penghasilan Buletin Kelab.

 

-

12

Menyediakan khidmat menaip / mencetak.

 

RM     20.00

13

Lawatan Sambil Belajar ke ekspo komputer.

 

RM 1200.00

 

JUMLAH

 

RM 1600.00

 

11.0.        Ahli Jawatankuasa

PENASIHAT                                        : EN. ABU BAKAR B. MAT SOM

 PENGERUSI                                       : AMEERUL ASHRAF B. ZAINUDIN

 SETIAUSAHA                                      : NOOR ZULAILA BT. MOHD AKRAM

 BENDAHARI                                       : NOR MASDIANA BT. MADZNI

 A.J.K                                                    : NURUL AMIRA BT. NAJIB

                                                               AHMAD SYUKRI B. ABD. RAHMAN

                                                               MOHD HANIS B. TALIB

                                                               NASHIHA SYAMILAH BT. MAT HAMDAN

                                                               NURUL AISHAH BT. MUSA

                                                               MUHAMMAD FITRI AZUAN B. SHAFIEE

                                                               AHMAD RUSYDI B. AHMAD ROSLAN

                                                               NOOR YUSNITA BT. HASHIM

                                                               NATASHA ALIA BT. SADERI

 

 

12.0.        Bidang Tugas AJK

 

Bil

Jawatan

Bidang Tugas

 

 

 

 

 

1

 

 

 

 

 

Penasihat

bullet Melaksanakan mesyuarat agung.
bullet Menyedia dan menyelia peraturan dan perlembagaan kelab.
bullet Merancang aktiviti kelab dengan bantuan AJK.
bullet Memastikan maklumat-maklumat penting kelab seperti perlembagaan kelab, senarai ahli, senarai aktiviti dan senarai AJK.
bullet Memantau perjalanan aktiviti kelab.
bullet Menghadiri mesyuarat kelab.
bullet Menguruskan aktiviti lawatan kelab.
bullet Penasihat segala aktiviti kelab.
bullet Menyediakan jadual aktiviti kelab.
bullet Memastikan perjalanan aktiviti kelab mematuhi perlembagaan kelab.

 

 

 

  2

 

 

 

Pengerusi

bullet Melaksanakan ketetapan mesyuarat agung dan mesyuarat Jawatankuasa AJK.
bullet Mempengerusikan semua mesyuarat AJK.
bullet Berhubung rapat dengan Guru Penasihat bagi kelicinan aktiviti kelab.

 

3

 

Naib Pengerusi

bullet Membantu Pengerusi.
bullet Menggantikan tugas pengerusi apabila pengerusi tiada.

 

 

 

4

 

 

 

Setiausaha

bullet Menyimpan daftar keahlian secara sistematik.
bullet Urusan surat-menyurat kelab.
bullet Mengeluarkan notis panggilan mesyuarat kepada AJK dan ahli biasa.
bullet Membantu Pengerusi dalam semua urusan pentadbiran kelab.
bullet Mencatat dan mengeluarkan minit mesyuarat.

 

 

5

 

 

Bendahari

bullet Memungut yuran keahlian.
bullet Urusan pembelian dan kewangan kelab dengan persetujuan mesyuarat agung.
bullet Menyedia dan menyimpan penyata kira-kira kelab.

 

6

 

A.J.K.

bullet Ketua kepada biro-biro tertentu.
bullet Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan kelab.

 

13.0.        Strategi Pelaksanaan

KKOM SERASA telah menggariskan tiga strategi bagi mencapai matlamat penubuhannya :

 

13.1.        Pendedahan pengetahuan dan kemahiran komputer kepada

ahli-ahli kelab.

13.2.        Latih-tubi kemahiran.

13.3.        Ujian Capaian Prestasi

 

14.0.        Aktiviti Kelab komputer

Terbahagi kepada dua iaitu :

 

            12.1. Aktiviti yang telah dan sedang dijalankan.

            12.2. Aktiviti yang akan dijalankan pada masa depan.

 

Aktiviti Yang Telah dan sedang Dijalankan :

 

a.      Pendedahan pengetahuan dan kemahiran tentang perkomputeran :

·         Peraturan-peraturan makmal komputer.

·         Sejarah perkembangan komputer.

·         Perkakasan dan perisian komputer.

·         Keselamatan komputer.

·         Hamparan elektronik.

·         Grafik

 

b.      Demonstrasi penggunaan beberapa peralatan dan perisian kepada guru

dan murid.

c.      Kursus komputer kepada guru-guru.

d.      Pertandingan-pertandingan komputer seperti kuiz, penghasilan kad, poster dan bahan-bahan bercetak.

e.      Pameran bahan-bahan dan perkakasan komputer ( di luar dan di dalam makmal).

f.        Pameran hasil kerja murid.

g.      Keceriaan makmal.

h.      Penghasilan buletin kelab dan sekolah.

 

Aktiviti Yang Akan Dijalankan :

 

a.      Ceramah dan demonstrasi tentang perisian dan perkakasan komputer

terkini.

b.      Langganan majalah atau akhbar komputer seperti majalah PC, PC World, Home PC, Shopper Guide dan Internet World.

c.      Penghasilan Buletin Kelab.

d.      Menyediakan khidmat menaip / mencetak.

e.      Lawatan Sambil Belajar ke ekspo komputer.

 

15.0.        Jadual Program

Rujuk lampiran.

 

 

14.0. Instrumen Penilaian

 

            14.1. Senarai semak keberkesanan aktiviti.

            14.2. Refleksi kekuatan dan kelemahan.

            14.3. Jangkaan senario akan datang.

 

16.0. Penutup

         Pengurusan Kelab Komputer SKRMM amat berharap segala aktiviti yang disusun dan

         yang akan dijalankan dapat menjadi suatu bentuk suntikan bagi memperkasa minat,

         pengetahuan dan kemahiran perkomputeran di kalangan murid-murid. Semoga

         murid-murid sekolah ini akan terus ’celik komputer’ untuk persediaan masa-masa

         akan datang.

    

 

PERLEMBAGAAN KELAB KOMPUTER

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA

36000 TELUK INTAN, PERAK.

 

FASAL 1                      : NAMA

                                      Kelab ini diberi nama Kelab Komputer SK. Raja Muda Musa, 36000

  Teluk Intan, Perak atau nama ringkasnya KKOM SERASA.

 

FASAL 2                      : TEMPAT

                                      Setiap perjumpaan kelab diadakan di makmal komputer sekolah.

  Sekiranya ada sebarang pindaan tempat, setiausaha akan

  memaklumkan kepada ahli.

 

FASAL 3                      : TUJUAN

                                      Mewujudkan generasi celik komputer di sekolah ini.

 

FASAL 4                      : KEAHLIAN

                                      Keahlian kelab komputer ini terbuka kepada semua ahli yang

  berdaftar.

 

FASAL 5                      : YURAN

                                      Yuran keahlian tidak melebihi RM 3.00(tiga ringgit Malaysia)

  sebulan.

 

FASAL 6                      : PENASIHAT

                                      Guru Penasihat dilantik oleh Guru Besar. Guru penasihat

  berperanan mengendalikan urusan perjalanan kelab.

 

FASAL 7                      : AHLI JAWATANKUASA

                                      Dipilih dari kalangan ahli-ahli yang berdaftar dengan kelab komputer

  di sekolah ini. Pemilihan AJK melalui pengundian terbuka dalam

  mesyuarat agung.

 

FASAL 8                      : MESYUARAT AGUNG

a.       Mesyuarat diadakan pada awal semester dan tidak melebihi 31Mac setiap tahun.

b.       Pemilihan Jawatankuasa baru diadakan pada setiap tahun.

c.       Laporan aktiviti tahunan dan laporan kewangan hendaklah dibentangkan.

d.       Maklumat tentang mesyuarat agung hendaklah disampaikan kepada ahli melalui notis panggilan mesyuarat atau iklan di papan kenyataan atau sewaktu perhimpunan sekolah seminggu sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

 

 

 

FASAL 9                      : MESYUARAT TERGEMPAR

 

i.    Pengerusi boleh mem nggil mesyuarat tergempar apabila

      dianggap perlu dengan persetujuan Guru Penasihat dan Guru

      Besar.

                                                                         ii.      Permintaan 2/3 daripada ahli diperlukan untuk tujuan ini.

                                                                        iii.      Notis seminggu sebelum mesyuarat.

                                                                       iv.      Kehadiran 2/3 daripada jumlah ahli yang berdaftar.

 

 

FASAL 10                    : MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA

 

i.                     Diadakan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat agung.

ii.                   Diadakan sebanyak dua kali setahun.

 

 

FASAL 11                    : PEMBUBARAN

                                      Kelab komputer ini hanya boleh dibubarkan dengan persetujuan

  atau arahan Guru Besar.

 

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BORANG KEAHLIAN

 Saya memohon menjadi ahli Kelab Komputer sekolah. Di bawah ini dinyatakan butir-butir peribadi saya.

 1.  Nama                     : ______________________________________________________

 2. Jantina                     :_________________               3. Kelas            :_________________

 4.Tarikh Lahir              :_________________                5.No. Sijil Lahir:_________________

 6.Jawatan di sekolah  :______________________________________________________

 7.Persatuan lain dianggotai    :________________________________________________

 8.Alamat Rumah         :______________________________________________________

                                      ______________________________________________________

 9.No. Telefon               :______________________

 10.   a. Adakah keluarga anda memiliki komputer di rumah ?             YA   /  TIDAK

         b. Adakah anda boleh menggunakan komputer ?                         YA  /   TIDAK

            Jika ya, nyatakan jenis perisian yang anda selalu gunakan ___________________

 Saya berjanji akan memberikan segala komitmen bagi menjayakan segala aktiviti kelab. Saya juga berjanji akan mematuhi peraturan dan perlembagaan kelab ini.

 

 

…………………………………………..                                  Tarikh  :……………………….

(                                                           )

Nama dan tandatangan pemohon.

 

 

Text Box: Untuk Kegunaan Kelab Komputer
 
Permohonan ini diterima / ditolak.                      No. Keahlian :____________________
 
 
Disahkan :…………………………………..  Tarikh Kelulusan :________________
        (                                                            )
        Nama dan tandatangan Guru Penasihat.