PELAN OPERASI

 

1.0 Program: TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

 2.0 Latar Belakang:

Masa kini, kita dapat melihat perkembangan pesat dalam dunia teknologi maklumat dan perkomputeran. Ini pastinya memberi impak secara langsung terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sains.

TMK ialah singkatan bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi. TMK membawa pengertian dan ketetapan yang amat meluas dalam dunia pendidikan lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. TMk dapat digunakan sebagai salah satu bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini seterusnya boleh digunakan sebagai asas atau titik permulaan bagi sekolah memodelkan konsep ‘Sekolah Bestari’.

 

3.0 Rasional:

Pelaksanaan penggunaan TMK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan suasana yang kondusif kepada murid. Melalui TMK juga mampu memudah cara dan menggalakkan murid supaya murid mampu berfikir dan bertindak secara sendiri dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran masing-masing. Ini juga akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lebih mantap.

 

4.0 Matlamat: Meningkatkan penguasaan dan penggunaan TMK dalam aktiviti / proses pengajaran dan pembelajaran

 

5.0 Objektif:

1. Meningkatkan kemahiran guru-guru Sains menggunakan peralatan TMK serta dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Menggalakkan murid-murid tahap 2 dapat menguasai kemahiran TMK dengan melayari laman-laman web berkaitan Sains di bawah bimbingan guru.

3. Murid-murid dapat belajar Sains dalam suasana yang lebih interaktif, mencabar dan menyeronokkan.

 

6.0 Sasaran       : Semua pelajar dari Tahun 1 hingga 6.

7.0 Strategi:

  1. Pemantapan kemahiran guru dalam penggunaan peralatan TMK
  2. Mengadakan kursus-kursus berkaitan dengan TMK kepada guru-guru supaya dapat mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  3. Mengadakan bengkel berkaitan dengan penggunaan ABM/BBM yang berkaitan dengan TMK supaya dapat diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
  4. Mengadakan simulasi bagi penggunaan Bahan Pengajaran Interaktif samada yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan atau swasta.
  5. Pemantapan kemahiran murid bagi penggunaan komputer dalam pendidikan
  6. Mengadakan kursus / taklimat kepada murid berkaitan penggunaan komputer
  7. Mengadakan Simulasi penggunaan Bahan Perisian Interaktif Bestari  kepada murid
  8. Mengaplikasikan pembelajaran e-learning berasaskan web di dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

8.0 Organisasi       :

Pengerusi (Guru Besar)

En. Bain B. Baharon

 

N. Pengerusi (Guru Kanan 1)

En. Suhaimi B. jamaudin

 

Setiausaha

Pn Wida Salwana

 

Penyelaras

Cik Rozilah Bt. Jusoh

 

AJK

En. Abdul Khuzir B. Abdul Wahab

Puan Norma Bt. Zahrullail

Cik Noor Ainon Bt. Mohd Azhar

9.0 Pelaksanaan

Bil.

Perkara

Jangkamasa

Tindakan

1.

Kursus TMK untuk guru

Feb & April

Penyelaras bilik komputer

2.

Bengkel penggunaan ABM/BBM

Feb & April

Penyelaras bilik komputer

3.

Simulasi penggunaan Bahan Pengajaran Interaktif

Feb, April & Jun

Penyelaras bilik komputer

4.

Kursus/Taklimat penggunaan Komputer untuk murid

Mac & Mei

Penyelaras bilik komputer

5.

Simulasi penggunaan bahan/Perisisan Interaktif Bestari untuk murid

Jan – Ogos

Guru Sains

6.

Pembelajaran e-learning berasaskan web

Jan – Ogos

Guru Sains

 

10.0 Harapan:

Penggunaan TMK dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan dapat meransang dan menarik minat murid-murid untuk mempelajari subjek Sains.

 

 


Topic ONE here

 


Topic TWO here


Topic THREE here


Topic FOUR here

Topic FIVE here