MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

Search for:

Sign my Guestbook FREE GUESTBOOKS                          View my Guestbook

Favorite Links

MINIT MESYUARAT KALI   KE 1 2006

Panitia Mata Pelajaran Sains          

Tarikh        :  29 Disember  2005

Masa          :  10.00 am

Tempat      :  Bilik Sains

Pengerusi    : En.Abd. Khuzir

Kehadiran  :  3 orang

Nama Yang Hadir  : .  En. Abd. Khuzir

        Cik Hjh NoorAinon

        Pn. Wida Salwana

 

      Hadir Bersama       :Pn. Adawiah bt Hj Hussin , Guru Kokurikulum SK.Raja  Muda Musa

BIL

AGENDA

TINDAKAN

1

Ucapan Pengerusi

1.1  Mengucapkan ribuan terima kasih di  atas kehadiran guru-guru serta  Guru Kanan Kokurikulum

1.2  Menegaskan tujuan mesyuarat untuk P&P Sains 2006 serta aktiviti panitia

Makluman

2

Ucapan penasihat

2.1 Mengucapkan  tahniah di atas kejayaan panitia sains kerana dapat meningkatkan .prestasi sains di dalam UPSR 2005.

2.2Mengucapkan tahniah kepada Cik Hjh. Noor Ainon  kerana projek Inovasi SAIBEDARUM  berjaya ke peringkat Negeri.

2.3 Mengharapkan panitia sains berjaya melaksanakan aktiviti untuk tahun 2006

2.4 Menegaskan guru-guru PPSMI melaksanakan P&P   dengan memaksimakan  penggunaan Bahasa Inggeris terutamanya istilah-istilah.

2.5 Memberi latih-tubi  glossary secara lisan dan tulisan.

2.6 Aktiviti PPSMI dipergiatkan lagi di tahun  2006.

Makluman

3

Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat

 

3.1 Minit mesyuarat di sahkan oleh Cik Hjh. Noor Ainon.

Makluman

 

 

 

4

Perkara Berbangkit

4.1Ekoran peningkatan kualiti Sains dalam UPSR, diminta  diagihkan samarata kepada guru-guru berkemahiran  dan  mengikut opsyen.

 

Makluman

5

Program Peningkatan

5.1 Merangka satu program tindakan murid tahap 2 untuk kejayaan panitia Sains.

5.2 Merangka satu kajian  untuk  murid-murid PPSMI.

 

Ketua panitia

 

Guru PPSMI

6

Persediaan Mengajar

6.1 Rancangan tahunan disiapkan segera.

6.2 Diletakkan secara berpoket di dalam persediaan mengajar.

6.3 Diserahkan kepada pentadbir setiap hari Jumaat.

6.4 Format Menulis rancangan Harian: lampiran

 

Makluman

7

Hal-hal lain.

Budget/Perbelanjaan

7.1 Merancang budget untuk program peningkatan dan alatan

7.2 Ketua panitia akan memgedarkan borang pesanan

7.3 Guru-guru diminta melengkapkan borang maklumat panitia dan jadual waktu yang diedarkan oleh ketua panitia.

7.4 Mengemaskinikan keceriaan bilik sains.

7.5 Melengkapkan  buku penggunaan  bilik Sains

7.6 Memaksimakan penggunaan LCD kepada murid-murid

Makluman

8

Ucapan penanguhan

8.1 Pengerusi  mengharapkan kerjasama yang padu agar panitia Sains dapat berfungsi dengan baik  dan menghasilkan prestasi sains yang cemerlang.

makluman

 

Disediakan oleh,                                        Disemak oleh

........................................               ...................................

(                                                           )                       (                                   )