MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

Search for:

Sign my Guestbook FREE GUESTBOOKS                          View my Guestbook

Favorite Links

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK 2006

 

Minit Mesyuarat Kali Ke            : 1

Tarikh                                     : 1 Januari 2006

Masa                                       : 9.00 pagi

Tempat                                   : Makmal Komputer

Pengerusi                                : En. Abu Bakar Mat Som                              

Kehadiran                               :

Nama Yang Hadir                  : Rujuk Senarai Kehadiran

Hadir Bersama                       :

BIL.

AGENDA

TINDAKAN

1.

Ucapan Pengerusi

1.1   Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru pada mesyuarat

        Panitia Matematik kali yang pertama.

1.2   Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk

        memantapkan pengurusan Panitia Matematik.

1.3      Memohon jasa baik guru-guru untuk memberi cadangan yang

        membina.

 

 

 

2.

Ucapan Penasihat

2.2      Ucapan tahniah di atas kejayaan Panitia Matematik

        meningkatkan peratus kelulusan bagi matapelajaran matematik

        dalam UPSR 2005.

2.3   Diharapkan Panitia Matematik akan terus mengekalkan

        kecemerlangan dalam tahun 2006.

 

 

3.

Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Matematik Kali Ke-3

3.1   Setiausaha membentangkan minit mesyuarat untuk disahkan.

3.2   Minit mesyuarat dicadangkan untuk diterima.

                   Cadangan     : Puan Jalaliah Bt Ahmad Nawawi

                   Sokongan     : Encik Mohd Johari B. Mohd Sulaiman

 

 

 

Setiausaha

4.

Perkara berbangkit

4.1   Buku stok panitia belum dikemaskinikan.

4.2   Pengerusi memaklumkan bahawa usaha sedang dibuat bagi

        mengatasi masalah ini.

4.3   Kekurangan bahan / ABM Panitia Matematik dalam Bilik

        Matematik. Pengerusi memaklumkan bahawa ada di antara harta

        benda / ABM milik Panitia Matematik tidak dapat dikesan.

4.4      Pihak panitia telah berjaya mendapatkan beberapa peralatan baru seperti alat penimbang 3kg, 5kg dan 10kg, raga plastik, penyangkut kertas dan beberapa bahan lain.

4.5      Kunci Bilik Matematik untuk sesi petang dipegang oleh Puan

        Sabariah manakala bagi sesi pagi dipegang oleh Encik Abu Bakar.

 

 

 

 

Pengerusi /

Setiausaha

 

 

5.

 

 

Program Peningkatan dan Perancangan Strategik

5.1      Perancangan strategik panitia telah dirangka berdasarkan program utama, sokongan dan sampingan Panitia Matematik.

5.2      Perancangan strategik akan dikecilkan kepada perancangan mengikut tahun / darjah.

5.3      Guru-guru yang mengajar matematik bagi tahun 1-6, perlu berbincang bersama-sama rakan untuk merangka perancangan strategik tahun / darjah yang diajar.

5.4      Pembahagian tugas adalah seperti berikut :

Perancangan strategik Tahun 1     : Puan Jalaliah

                                                        Puan Norma

 

Perancangan strategik Tahun 2     : Puan Sabariah

                                                        Puan Suriani

 

Perancangan strategik Tahun 3     : Puan Sabariah

                                                        Puan Suriani

 

Perancangan strategik Tahun 4     : Cik Noor Faizah

                                                        Encik Mohd Johari

 

Perancangan strategik Tahun 5     : Cik Edlyna

                                                        Cik Nooriatie

 

Perancangan strategik Tahun 6     : Encik Abu Bakar

                                                        Encik Khairul Faisal

 

5.5      Perancangan strategik mesti dihantar selewat-lewatnya

        31 Januari 2006.

5.6      Kerangka utama perancangan strategik Panitia Matematik yang telah disediakan boleh digunakan sebagai asas untuk merangka perancangan strategik mengikut tahun.

5.7      Pelan operasi perlu disediakan ketika melaksanakan sebarang

        program. Sila rujuk kertas edaran tentang garis panduan

        membuat pelan operasi yang diedarkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semua guru matematik

6.

Analisis Pencapaian Matematik dalam PKSR 2 dan UPSR 2005

6.1      Pencapaian dalam PKSR 2 sangat tidak memuaskan terutama bagi Tahun 4 dan Tahun 5.

6.2      Usaha drastik perlu dibuat dan ada di antaranya telah dirangka untuk mengatasi masalah ini.

6.3      Guru-guru matematik perlu memberi perhatian serius terhadap perkara ini.

6.4      Pada tahun 2006 adalah diharapkan pencapaian akan lebih meningkat.

6.5      Bagi UPSR 2005, pencapaian matematik sangat memuaskan kerana telah berjaya mencapai kelulusan keseluruhan sebanyak....%.

6.6      Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru matematik atas komitmen yang diberikan.

 

 

 

 

 

Semua guru matematik

7.

Pelaksanaan PPSMI Separa

7.1      Kertas edaran berkaitan ada disediakan.

7.2      Diharapkan guru-guru matematik dapat mengambil maklumat dan menjalankan tindakan berdasarkan kehendak JPN dan Kementerian Pelajaran.

7.3      Rancangan Harian Matematik boleh dibuat dalam dwi bahasa bagi tahun 5 dan 6 tetapi bagi tahun-tahun yang lain sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

 

 

 

 

Guru-guru matematik tahun 5 dan 6.

 

 

8.

 

 

Pengurusan Panitia

8.1      Sukatan pelajaran ada disediakan.

8.2      Rekod senarai buku rujukan guru dan buku rujukan murid mesti diisi dan diserahkan kepada pihak pengurusan panitia.

8.3      Guru-guru diminta mendapatkan maklumat tentang tindakan yang perlu diambil dengan membaca kertas edaran bertajuk Tindakan Guru Matematik.

8.4      Takwim panitia perlu dijadikan rujukan ketika merangka sebarang program supaya tidak bertindan dengan aktiviti lain.

8.5      Borang TOV dan Headcount bagi mata pelajaran matematik perlu segera dikembalikan.

8.6      Semakan hasil kerja murid akan dijalankan. Sila rujuk takwim panitia.

8.7      Gunakan borang semakan hasil kerja murid berdasarkan Standard MS ISO 9001:2000.

8.8      Aktiviti PCM berjalan seperti biasa. Guru-guru diminta merujuk takwim PCM yang akan ditampal di dalam kelas.Buku rekod PCM (catatan guru) dan catatan murid perlu diisi kerana akan dikumpul, disemak dan disahkan. Rujuk takwim panitia.

8.9      Segala borang-borang yang perlu dikembalikan perlu dikembalikan dengan kadar yang segera.

8.10  Guru-guru boleh mendapatkan buku-buku rujukan / aktiviti dengan mengisi borang penerimaan / pinjaman buku.

8.11  Gotong-royong mengemaskini bilik dan peralatan panitia akan diadakan kelak. Setiausaha panitia akan mencari tarikh yang sesuai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semua guru matematik

9.

Ucapan penangguhan

9.1    Pengerusi berharap agar segala program yang dirancang bagi   

        tahun 2006 akan dapat dijalankan dengan jayanya.

9.2    Pengerusi memaklumkan bahawa AJK Panitia Matematik boleh

        membuat perbincangan atau perjumpaan kecil dari semasa ke

        semasa bagi memastikan kelancaran program yang telah

        dirancang.

 

 

 

Semua guru matematik

       

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh,                                                            Disahkan oleh,

 

.........................                                          ................................................

( NOOR FAIZAH BT MD RADZI )                                        (ABU BAKAR B. MAT SOM)

Setiausaha Panitia Matematik.