MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

Search for:

Sign my Guestbook FREE GUESTBOOKS                          View my Guestbook

Favorite Links



 

                                                                                                                                               BK – OP – 02:2

 

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA

36000 TELUK INTAN PERAK

 

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA  2006

 

Panitia Mata  Pelajaran              : BAHASA MELAYU

Tarikh                                      : 30.12.2005

Masa                                        : 10.00 pagi

Tempat                                    : Pusat Sumber Sekolah

Pengerusi                                  : Pn. Normah bt. Asran

Kehadiran                                : 11/12

Nama Yang Hadir                    : 1. Pn Normah bt Asran

                                                  2. Pn. Normah bt. Zahrullail

                                                  3. Pn. Jalaliah bt. Ahmad Nawawi

                                                  4. Pn. Norhasimah bt. Othman

                                                  5. Pn. Sabariah bt Rajo

                                                  6. Pn. Salmah bt. KamaruddIn

                                                  7. Cik Hjh Noor Ainon bt. Mohd. Azhar

                                                  8. En. Johari b. Sulaiman

                                                  9. Pn. Norlaily bt Alias

                                                 10. Cik Nooriatie bt. Jamaluddin

                                                 11. Pn. Saodah bt. Omar

                                               

Nama Yang Tidak Hadir         : En. Abu bakar b. Mat Som – Taklimat Matematik

Hadir Bersama                          : 1.En. Bain b. Baharon (Guru Besar)

                                                   2. Pn. A Adawiah bt Hussien (PK Kokurikulum)

                                                   2. En Jamanhuri b. Abd. Jamil  (Penyelia Petang)

                                               

 

BIL

 

AGENDA

 

TINDAKAN

 

1.

 

 

 

 

 

 

 

Ucapan Pengerusi

 

1.1  Pn. Normah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir

 pada mesyuarat yang pertama ini.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerjasama guru sepanjang tahun

      2005 dan berharap agar kerjasama dan komitment guru-guru akan

      diteruskan pada tahun hadapan (2006).

1.2  Beliau juga memberitahu bahawa Pertandingan Program Peningkatan  

Akademik Bahasa Melayu – BMCT  2005 (AGA) telah  berjaya menjadi Johan Peringkat Negeri dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru

yang memberi kerjasama yang padu. Berharap agar guru-guru  meneruskan program tersebut dalam Penulisan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Guru-guru Bahasa Melayu

 

2.

Ucapan Penasihat

 

2.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Pn. Normah dan semua guru-     

      guru Bahasa Melayu di atas kejayaan BMCT dalam pertandingan

     AGA tahun ini.

2.2 Beliau berharap agar guru-guru sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan

      prestasi Bahasa Melayu dalam setiap peperiksaan atau ujian yang dijalan-

      kan terutama  dalam UPSR.

2.3 Guru-guru juga diminta agar menjalankan P&P yang benar-benar berkesan

      agar hasrat sekolah untuk mencapai kelulusan 100%  akan tercapai.

2.4 Panitia Bahasa Melayu juga diharap dapat  menjalankan  

      program peningkatan akademik yang berkesan berpandukan perancangan

      strategik yang telah diatur.

     

 

 

 

 

 

Guru-guru Bahasa Melayu

 

Guru-guru Bhasa Melayu

3.

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

 

Cadangan : Pn. Norhasimah bt Othman

Sokongan : Cik Nooriatie bt. Jamaluddin

 

 

 

4.

Perkara Berbangkit

 

4.1 Prestasi PKSR 2 bagi Penulisan Tahun 4 agak membimbangkan iaitu  48%

      sahaja yang lulus.

4.2 Pn. Normah menyatakan bahawa perubahan format Penulisan tahun ini

      agak sukar dikuasai oleh murid terutama bahagian C.Diharap agar guru-

      guru tahun empat berusaha memberi penekanan dan latih tubi terhadap  

      murid-murid pada tahun hadapan.

 

 

 

 

 

 

Guru Tahun 4

5.

Program Peningkatan

 

5.1 Program Peningkatan akan diteruskan seperti tahun lepas dengan   

      penambahbaikan menerusi Perancangan Strategik 2005-2010 yang telah

      dirancang.

5.2 Semua guru-guru Bahasa melayu akan diberikan maklumat/ program

      yang diatur.

5.3 Berharap agar semua guru-guru  berusaha mencapai prestasi Bahasa

      dengan cemerlang.

 

 

 

 

 

 

Pn. Normah

 

6.

Dasar dan matlamat Kurikulum

 

6.1 Pn. Normah membacakan dasar dan matlamat kurikulum yang    dicadangkan sekolah dan berharap agar semua guru berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan.

 

 

 

 

Guru-guru Bahasa Melayu

7.

Rancangan Mengajar dan Persediaan Mengajar

 

7.1 Guru-guru hendaklah mengikut format yang telah disarankan oleh panitia.

      Buku teks Tahun 4 yang baru hendaklah diberi kepada murid manakala

      Tahun 5 dan 6 bolehlah menggunakan teks lama dan buku BAM.

 

 

8.

Pembelian dan pengurusan Stok

 

8.1 Guru-guru hendaklah menulis BBM atau BBB yang diperlukan di dalam

      borang yang akan diedarkan minggu hadapan.

8.2 Pn. Normah berharap pihak pentadbiran dapat memenuhi segala pesanan

      guru-guru dan mendapat bekalan tersebut secepat mungkin.

 

 

 

Pn. Norma Zahrullail

 

PK. Pentadbiran

9.

Pencerapan Hasil Kerja Murid

 

9.1 Semua guru-guru bersetuju untuk menghantar 10-20 buah buku latihan

      murid kepada ketua panitia dan pihak pentadbiran untuk disemak mengikut

      tarikh yang ditetapkan.

 

 

Guru-guru Bahasa Melayu

10.

Peperiksaan

 

10.1 Ujian dan peperiksaan mengikut takwim sekolah

10.2 Penyediaan soalan adalah seperti tahun lepas- sistem penggiliran

 

 

11.

Analisis Keputusan PKSR dan UPSR

 

11.1 Pn. Normah membentangkan laporan analisis keputusan peperiksaan

        tersebut dan meminta guru-guru melakukan penambahbaikan dan

        mengucapkan tahniah kepada guru-guru terutama bagi guru tahun 6 yang           berjaya meningkatkan prestasi Bahasa Melayu Pemahaman dalam UPSR.

        (Rujuk kertas edaran)

 

 

12.

Head Count

 

12.1 Guru-guru BM hendaklah menyediakan Head Count seperti tahun lepas

        berpandukan keputusan PKSR akhir tahun.

12.2 Pn. Normah mencadangkan agar murid-murid tahun 4 mengadakan ujian

        bulan Januari untuk menguji prestasi sebenar mereka mengikut format

        UPSR supaya dapat mencapai sasaran sebenar.

 

 

 

Guru Tahun 4

13.

Hal-hal lain

 

13.1 Pn Sabariah meminta agar guru-guru diberi sebuah buku  kerja murid

        untuk panduan guru

13.2 Pn. Norhasimah meminta agar guru-guru menggalakkan murid-murid

        menulis buku Nilam dan mencatat bilangan buku yang dibaca setiap

        bulan.

 

 

 

Pn. Normah

14.

Ucapan Penangguhan

 

 14.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.

 

 

 

Disediakan oleh:                                                            Disemak oleh,

                          

                                                                                                      

(PN NORMA BT ZAHRULLAIL)                                        (PN NORMAH BT ASRAN)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu                                 Ketua Panitia Bahasa Melayu